Saturday, October 2, 2010

Pantun Cinta

kisah hamba kisah cinta
sebak dada menahan gelora
kasih hamba jauh di mata
namun di jiwa rindu membara

sudahnya cinta materai janji
sudahnya hati memahat rasa
fitrah kasih kadangkala diuji
kelak di mata mengikat mesra

kingkong pengsan d cium unta
beruk tayang bulu dada
org d rindu x ingat kita
buat apa kita nk ingat dia?

Mengapa dicari secantik Balqis
andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharap teman setampan Yusof
jika kasih tidak setulus Zulaikha

Mengapa mengharap teman seteguh Ibrahim
andai diri tidak sehebat Siti Hajar
Mengapa didambakan teman sehidup yang sempurna Muhammad
jika ada keburukan pada diri

batang selasih permainan budak
daun selasih dimakan budak
bercerai kasih talak tiada
seribu tahun kembali jua

Anak beruk di kayu rendang
Turun mandi di dalam paya
Hodoh buruk di mata orang
Cantik manis di mata saya

Dari mana punai melayang
Dari sawah turun ke bendang
Dari mana datangnya sayang
Dari mata turun ke hati

Bagaimana menangkap landak
Di asap pintunya dengan api
Bagaimana mula berkehendak?
Dari mata turun ke hati

Air dalam bertambah dalam
Hujan di hulu belum lagi teduh
Hati dendam bertambah dendam
Dendam dahulu belum lagi sembuh

Kalau belayar jangan berbelok
Kalau berbelok, patah tiangnya
orang muda jangan dipeluk
kalau dipeluk patah pinggangnya

kiri jln kanan pun jln
tgh2 pohon meranti
kirim jangan pesan pun jangan
kalau rindu dtg sendiri


di sini sayang di sana cinta
kasih tersepit di celah hati
kalau dah sayang katakan saja
xla saya mencari pengganti

berkawan biaaaaaaar beribu
bercinta biar lebih dari empat
yang spesel tuh satu
yang lain tu spare part

iKa KaU jAdI bInTaNg JaDiLaH yG pAlInG tErAnG,,
jIkA kAu JaDi MiMpI jAdIlAh YaNg PaLiNg InDaH,
jIkA kAu MeNgEnAlI sAyA jAdIlAh YaNg TeRbAeK yAnG pErNaH sAyA KeNaL,,,,,

Wednesday, September 29, 2010

Pantun Jiwang

tukang kayu membuat rumah
buat rumah x pakai baju
jangan buat syg abg marah
sebab syg abg memandu laju

makan megi setiap hari
dicampur bersama minyak sapi
kalu gaduh selalu nak seri
tanpa gaduh mulalah sepi

anak ayam anak itik
x pandai terbang hingga ke awan
syg abg amatlah cantik
senyumnya manis lagi menawan

Mulanya cinta berputik,
Aku menanti dia menunggu..
Sekarang bagaikan bunga dipetik,
Semakin hari semakin layu...

Bersedih hanya seorang diri,
Kerana dia dibawa pergi...
Aku sedar bahawa janji,
Tidak selalu akan tepati...

Hati ditutup buat selamanya,
Hanya dibuka bila bersedia...
Kerana tak sanggup rasa kecewa,
Biar aku hidup merana...

Tidak ku sangka, tidak ku duga,
Apa dibuat tak seperti dikata...
Aku bertemu gadis jelita,
Hati ku akhirnya terbuka semula...

Bukan nya aku hendak bercinta,
Kerana tak pasti siapa kah dia...
Ingin ku jadi kawan setia,
Biar lah lama tidak mengapa...

Bila ku pandang, aku terpikat,
Hendak bicara, hampir tersekat...
Darah gemuruh, hilang semangat,
Bukan kah aku lelaki hangat??(Hahaha)

Aku mencuba, mencari jalan,
Ingin menanya dengan sendiri...
Sudikah dia menjadi rakan,
Walaupun aku ikhlas di hati...

Semakin hari semakin ragu,
Menanti jawapan yang aku tuju...
Fikiran menjadi tidak menentu,
Bila ditanya semuanya tak tahu...

Pantun jenaka

Lebuhraya kota bersegi
Tempat temasya dara teruna
Hodohnya ketawa orang tak bergigi
Ibarat kota tiada kubunya

Api terang banyak kelkatu
Masuk ke kamar bersesak-sesak
Alangkah geli rasa hatiku
Melihat nenek bergincu berbedak

Ditiup angin bunga semalu
Kuncup daun bila berlaga
Bercakap Melayu kononnya malu
Belacan setongkol dibedal juga

Orang Rengat menanam betik
Betik disiram air berlinang
Hilang semangat penghulu itik
Melihat ayam lumba berenang

Tanam jerangau di bukit tinggi
Mati dipijak anak badak
Melihat sang bangau sakit gigi
Gelak terbahak penghulu katak

Singapura dilanggar todak
Kapal karam di Tanjung Peringin
Orang tua beristerikan budak
Macam beruk mendapat cermin

Bapa gergasi menebar jala
Pegang tali melintuk-liuk
Masakan pengerusi tak garu kepala
Melihat ahli semua mengantuk

Gemuruh tabuh bukan kepalang
Diasah lembing berkilat-kilat
Gementar tubuh harimau belang
Nampak kambing pandai bersilat

Buah salak di rumah Tok Imam
Sirih sekapur pergi menjala
Anjing menyalak harimau demam
Kucing di dapur pening kepala

Anak cina menggali cacing
Mari diisi dalam tempurung
Penjual sendiri tak kenal dacing
Alamat dagangan habis diborong

Biduk buluh bermuat tulang
Anak Siam pulang berbaris
Duduk mengeluh panglima helang
Melihat ayam bercengkang keris

Buah jering dari Jawa
Naik sigai ke atas atap
Ikan kering lagi ketawa
Dengar tupai baca kitab

Pohon manggis di tepi rawa
Tempat datuk tidur beradu
Sedang menangis nenek tertawa
Melihat datuk bermain gundu

Ceduk air di dalam perigi
Timbanya bertangkaikan suasa
Jikalau kucing tak bergigi
Alamat tikus berjoget berdansa

Anak dara Datuk Tinggi
Buat gulai ikan tilan
Datuk tua tak ada gigi
Bila makan kunyah telan
Berderak-derak sangkutan dacing
Bagaikan putus diimpit lumpang
Bergerak-gerak kumis kucing
Melihat tikus bawa senapang

Pokok pinang patanya condong
Dipukul ribut berhari-hari
Kucing berenang tikus berdayung
Ikan di laut berdiam diri

Tanam pinang di atas kubur
Tanam bayam jauh ke tepi
Walaupun musang sedang tidur
Mengira ayam di dalam mimpi

Anak bakau di rumpun salak
Patah taruknya ditimpa genta
Riuh kerbau tergelak-gelak
Melihat beruk berkaca mata

Orang menganyam sambil duduk
Kalau sudah bawa ke balai
Melihat ayam memakai tanduk
Datang musang meminta damai

Hilir lorong mudik lorong
Bertongkat batang temberau
Bukan saya berkata bohong
Katak memikul paha kerbau

Di kedai Yahya berjual surat
Di kedai kami berjual sisir
Sang buaya melompat ke darat
Melihat kambing terjun ke air

Jikalau lengang dalam negeri
Marilah kita pergi ke kota
Hairan tercengang kucing berdiri
Melihat tikus naik kereta

Senangis letak di timbangan
Pemulut kumbang pagi-pagi
Menangis katak di kubangan
Melihat belut terbang tinggi

Anak Hindu beli petola
Beli pangkur dua-dua
Mendengar kucing berbiola
Duduk termenung tikus tua

Punggur berdaun di atas kota
Jarak sejengkal dua jari
Musang rabun, helang pun buta
Baru ayam suka hati

Ketika perang dinegeri Jerman
Ramai askarnya mati mengamuk
Rangup gunung dikunyah kuman
Lautan kering dihirup nyamuk

Jual betik dengan kandil
Kandil buatan orang Inggeris
Melihat buaya menyandang bedil
Lembu dan kerbau tegak berbaris

Jemur bijan dengan kulitnya
Jemur di atas pohon lembayung
Hari hujan sangat lebatnya
Lamun Si Pandir mengepit payung

Elok rupa pohon belimbing
Tumbuh dekat limau lungga
Elok berbini orang sumbing
Walau marah ketawa juga

Rumah besar berdinding tidak
Beratapkan daun palas
Badan besar beristeri tidak
Itu tandanya orang pemalas

Adik nama Comat
Suka beri salam
Budak ketawa kuat
Suka kecing malam

Dari Ambun hendak ke Perak
Singgah di Jeram Mengkuang
Si Awang Kenit mencuri kerak
Hidung berbelang terpalit arang

Biduk lalu kiambang bertaut
Nakhoda Kasap duduk termenung
Gila latah ikan di laut
Melihat umpan di kaki gunung

Pakai seluar labuh ke bawah
Ikut permatang jalan melenggang
Nampak zahir memang mewah
Tapi hutang keliling pinggang

Orang Sibu menunggang kuda
Kuda ditunggang patah pinggang
Masih mahu mengaku muda
Padahal cucu keliling pinggang

Tahankan jerat gunakan tali
Pacak kuat biar melekap
Kalau bini suka membeli
Hutang berbaris suami ke lokap

Tuan puteri memasang panjut
Dayang tolong menghalau lalat
Kucing tidur bangkit terkejut
Melihat tikus pandai bersilat