Wednesday, September 29, 2010

Pantun Jiwang

tukang kayu membuat rumah
buat rumah x pakai baju
jangan buat syg abg marah
sebab syg abg memandu laju

makan megi setiap hari
dicampur bersama minyak sapi
kalu gaduh selalu nak seri
tanpa gaduh mulalah sepi

anak ayam anak itik
x pandai terbang hingga ke awan
syg abg amatlah cantik
senyumnya manis lagi menawan

Mulanya cinta berputik,
Aku menanti dia menunggu..
Sekarang bagaikan bunga dipetik,
Semakin hari semakin layu...

Bersedih hanya seorang diri,
Kerana dia dibawa pergi...
Aku sedar bahawa janji,
Tidak selalu akan tepati...

Hati ditutup buat selamanya,
Hanya dibuka bila bersedia...
Kerana tak sanggup rasa kecewa,
Biar aku hidup merana...

Tidak ku sangka, tidak ku duga,
Apa dibuat tak seperti dikata...
Aku bertemu gadis jelita,
Hati ku akhirnya terbuka semula...

Bukan nya aku hendak bercinta,
Kerana tak pasti siapa kah dia...
Ingin ku jadi kawan setia,
Biar lah lama tidak mengapa...

Bila ku pandang, aku terpikat,
Hendak bicara, hampir tersekat...
Darah gemuruh, hilang semangat,
Bukan kah aku lelaki hangat??(Hahaha)

Aku mencuba, mencari jalan,
Ingin menanya dengan sendiri...
Sudikah dia menjadi rakan,
Walaupun aku ikhlas di hati...

Semakin hari semakin ragu,
Menanti jawapan yang aku tuju...
Fikiran menjadi tidak menentu,
Bila ditanya semuanya tak tahu...

4 comments:

  1. mmg jiwang..credit to uuu...

    ReplyDelete
  2. i know u like jiwangzz..
    hahahaha

    ReplyDelete
  3. mna bleh..nie ttap c nkal..so no jiwang la. huhuhuhuh

    ReplyDelete
  4. mengaku arr kau c nakal sekarang..
    hahahha
    ok baik cik nakal....

    ReplyDelete